Inkues Adib: Adib alami kecederaan parah di paru paru

Doktor mengesahkan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami kecederaan parah pada paru-parunya. Menurut doktor yang bertugas di wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) M Nantha Kumeran, Adib ditempatkan di zon merah dalam keadaan sesak nafas dan tidak sedar.