Inkues Adib: Beri ruang kepada proses berjalan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin meminta semua pihak agar bersabar mengenai proses inkues ke atas kematian ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau berkata, tarikh bicara sudah pun ditetapkan untuk dua siri, iaitu siri pertama bermula 11 hingga 28 Februari, manakala siri kedua perbicaraan pada 2 hingga 8 Mac.