Inkues Adib: FRU tidak terima arahan bertindak, polis gagal dihubungi

Dua Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikejarkan ke lokasi ketika malam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman menghadapi kesukaran untuk bertindak ekoran tidak menerima sebarang arahan. Pegawai penjaga Troop 1A FRU ASP Shuhaimi Yaakub, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebarang tindakan oleh pihaknya mengikut garis panduan Public Order Manual (Poman).