Inkues Adib: Kesan tapak kasut di rusuk kanan Adib - Saksi

Saksi kesembilan prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, R Naresh mendedahkan terlihat kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanannya. Beliau merupakan individu yang mengiringi Muhammad Adib ke hospital pada malam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.