Inkues Adib: KPKT mungkin tidak lantik peguam baharu

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mungkin tidak akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam Syazlin Mansor yang menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata sebaliknya, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara.