Tutup

Inkues Adib: Mahkamah Rayuan tangguh permohonan pihak kuil

Mahkamah Rayuan Putrajaya sekali lagi menangguhkan permohonan pihak Kuil Sri Maha Mariamman bagi menangguhkan prosiding inkues anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim serta menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding berkenaan. Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memaklumkan rayuan akan didengar semula bersama dengan permohonan pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk membantah permohonan pihak serta membatalkan rayuan pihak jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25.