Tutup

Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir

Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan sesi prosiding inkues punca kematian anggota bomba Allahyarham, Muhammad Adib Mohd Kassim berikutan saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abdul Wahid tidak dapat hadir atas faktor peribadi. Menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin, penampilan semula Dr Shahrom diperlukan selepas proses melihat semula keadaan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib sewaktu malam kejadian rusuhan November lalu di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25.