Inkues Adib: Tiada siapa bangkit isu Syazlin sebelum ini

Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan Peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, ini menyebabkan beliau percaya bahawa tiada sebarang masalah timbul berkaitan isu berkenaan.