Tutup

Innocafe 2019 persiapan para pelajar ke arah industri 4.0

Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC dengan kerjasama bersama Universiti Teknologi Mara UiTM menubuhkan Innocafe 2019 bertujuan memperkasakan kreativiti pelajar dan produktiviti selari dengan usaha ke arah industri 4.0. Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, usaha itu juga membantu para pelajar melihat gambaran sebenar sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan melalui projek secara kumpulan.