Insentif Hari Raya untuk FELDA dan FELCRA

Berita baik untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan insentif sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 bagi setiap peneroka.