Tutup

Insiden kematian Pegawai Tentera Darat Malaysia

Seorang komando disyaki tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter ketika melakukan latihan demonstrasi keupayaan tentera darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim memaklumkan Allayarham Mejar Zahir Armaya sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.