Insiden kuil: 102 suspek ditahan setakat kini

Polis menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, di Subang Jaya, menjadikan jumlah tangkapan sehingga kini seramai 102 orang. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar negeri itu antara Rabu malam dan Khamis pagi.