Insiden pengeboman tidak jejas sambutan Aidilfitri di sempadan

Insiden pegeboman dan tembakan yang berlaku sejak seminggu lalu di Selatan Thailand tidak menjejaskan aktiviti dan sambutan Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand. Sama ada penduduk di Rantau Panjang atau penduduk di Sungai Golok yang setiap hari berulang alik melalui sempadan, insiden berkenaan dianggap hanya perkara biasa. Malahan sambutan Aidilfitri oleh umat Islam Selatan Thailand berlangsung dalam suasana meriah sementara radisi kunjung mengunjung diteruskan seperti lazimnya saban tahun.