Intervensi kerajaan kawal harga bagi kurangkan bebanan rakyat

Program Jualan Sentuhan Rakyat yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah adalah bukti kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat dalam mendepani kenaikan kos sara hidup. Tanpa menafikan mengenai kenaikan harga barangan ketika ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kerajaan turut campur tangan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.