Intip, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah

Pakar undang-undang mengalu-alukan syor pertubuhan bukan kerajaan, NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan. Profesor Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Noor Aziah Awal melihat, perbuatan yang sering kali berlaku terhadap wanita itu akan mengganggu emosi, seterusnya menjejaskan prestasi rutin mereka.