IPG diaktif semula, kenapa penoreh getah masih merungut?

Walaupun boleh menarik nafas lega kerana Insentif Pengeluaran Getah, IPG diaktifkan semula, majoriti penoreh menganggap ia belum mampu memberi kesan terhadap perbelanjaan harian isi rumah. Mereka berpandangan, IPG masih tidak membantu penoreh getah memperoleh sumber pendapatan berpatutan memandangkan kos sara hidup yang tinggi.