Video  | Dunia

Iran patuhi syarat perjanjian nuklear - IAEA

KETUA badan memantau program nuklear Iran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dengan Amerika Syarikat dan lima negara lain mengesahkan Tehran patuh dalam perjanjian nuklear 2015, yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Menurut Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Yukiya Amano pemeriksa mempunyai akses ke semua lokasi yang mereka perlukan di Iran dan tiada sebarang halangan dari pentadbiran di negara itu.