Isteri maut, suami parah ditikam jiran

Isteri maut manakala suami kritikal akibat ditikam jiran sendiri di kawasan Kg Sungai Terentang, Rawang pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Yap Choon Mooi,41 tahun meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Selayang manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61 tahun dilaporkan parah dan masih menerima rawatan di hospital yang sama.