Isteri tikam suami yang didakwa curang, kerap mendera

Tidak tahan didera, dicurangi dan tidak diberi nafkah, seorang isteri bertindak menikam suaminya dalam satu kejadian di Bandar Cenderawasih di Lahad Datu, Sabah Jumaat lalu. Kejadian berlaku pada pukul 7.20 pagi, ketika si suami sedang tidur di bilik sewaan mereka.