Isteri warga Britain didakwa bunuh suami

Samantha Jones, wanita Britain yang menikam suaminya hingga mati didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek, 62 tahun, ditahan polis pada 18 Oktober lalu, selepas suaminya, John Williams Jones, seorang bekas anggota bomba, ditemui mati ditikam di rumah mereka di Langkawi. Polis memaklumkan... Samantha mengaku menikam suaminya ketika berlaku perbalahan. Pembunuhan itu membawa kepada hukuman mati mandatori. Bagaimanapun, Malaysia baru-baru ini bercadang untuk menghapuskan hukuman mati bagi semua jenayah. Buat masa ini, semua hukuman mati akan ditangguhkan sementara menunggu undang-undang baru.