Istilah FINTECH tidak terhad kepada bidang kewangan semata-mata

Istilah Sistem Teknologi Kewangan (FINTECH) kini tidak lagi terhad kepada mereka yang bekerja dalam teknologi dan kewangan sahaja. Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, inovasi teknologi dalam kewangan bukan fenomena baharu walaupun ia kesan perkembangan FINTECH di peringkat awal.