Video  | Sukan

Isu dilempar botol di Jakarta, pastikan insiden sama tidak berulang

Susulan insiden pasukan bola sepak Malaysia bawah 19 tahun (B19) dilempar botol di Stadium Gelora Delta Jakarta Khamis lepas. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan adakan pertemuan dengan Menteri Pemuda Dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi. Ia bagi memastikan insiden itu yang dianggap provokasi dan membahayakan keselamatan pemain negara, tidak berulang di masa depan. Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, ada menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono, sejurus insiden berkenaan. Hamidin bagaimanapun beri jaminan tidak akan pandang sebelah mata isu itu namun akan menunggu terlebih dahulu laporan komisioner perlawanan dan pengadil sebelum buat apa-apa tindakan.