Tutup

Isu fasiliti OKU, permasalahan yang tidak pernah selesai

Kita bertepuk tangan, bersorak, malah air mata kegembiraan mengalir menyaksikan kejayaan insan bergelar OKU mencipta emas di sukan paralimpik Rio. Malah, penghargaan tinggi diberikan kepada insan OKU yang mencipta nama dalam bidang masing-masing. Namun, sedarkah anda, disebalik kejayaan itu, golongan 'bergelar OKU' ini terpaksa mendepani pelbagai masalah saban hari, khususnya yang berkaitan dengan kemudahan yang mesra OKU.