Isu gaji Scomi, kerajaan tidak akan berkompromi

Sekumpulan pekerja sebuah syarikat kejuruteraan tempatan, Scomi Engineering Bhd, hari ini mendakwa majikan mereka gagal melunaskan gaji yang tertunggak hampir enam bulan secara kumulatif. Wakil pekerja Saiful Afendi Mohad Rais, 52 tahun, berkata keadaan itu telah berlarutan dan mereka sudah tidak mampu bersabar. Perkara itu segera mendapat perhatian Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar yang nyata terkejut tempoh kegagalan pembayaran gaji itu terlalu lama dan membabitkan syarikat besar.