Isu harga tiket penerbangan mahal dibawa ke Kabinet pada Rabu

Isu berkenaan harga tiket penerbangan ke Sabah yang mahal sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibawa ke Kabinet pada Rabu ini. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, kementeriannya berusaha membawa isu ini terutama ke pengetahuan Menteri Pengangkutan, kerana ia juga membabitkan pelancongan ke negeri itu.