Isu kertas undi menjelang Pilihan Raya Indonesia 2019

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan berada di Malaysia bagi menyiasat video yang tular di media sosial mengenai ribuan kertas undi bagi pilihan raya ditemui di dua lokasi di Kajang. Salah satu video menunjukkan polis berada di sebuah rumah kedai dan terdapat beberapa orang memegang kertas undi dan sambil menyatakan ia ditebuk pada nama Presiden Indonesia Joko Widodo dan calon regunya.