Isu kos sara hidup perlukan masa untuk ditangani

Isu kos sara hidup di Malaysia tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa setahun di bawah kepimpinan Pakatan Harapan. Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Dr. Yusof Saari berkata, rakyat Malaysia menghadapi masalah yang rumit seperti kos sara hidup dan pendapatan rendah kerana masalah struktur.