Isu Matrikulasi: Hormati keputusan Kabinet - Syed Saddiq

Semua pihak terutama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan perlu menghormati dan tidak menimbulkan sebarang provokasi berhubung isu kuota kemasukan Bumiputera ke program Matrikulasi. Itu tegas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Sosialis Dap (DAPSY), Howard Lee Chuan How, yang mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menarik balik kenyataannya berhubung isu tersebut.