Isu PATI: KDN, wakil negeri akan adakan mesyuarat selepas Aidilfitri

Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan satu mesyuarat bersama wakil negeri selepas sambutan Aidilfitri bagi membincangkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Menurut Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil mesyuarat itu akan disuarakan kepada Kabinet bagi membendung secara serius isu PATI sejak sekian lama.