Isu penduduk Felda Sungai Koyan segera diselesaikan

Isu 240 buah rumah Projek Perumahan Generasi Kedua Felda di Gugusan Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 yang telah siap namun tidak boleh diduduki sejak dua tahun lalu mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Jelasnya tindakan segera akan diambil bagi memastikan nasib semua keluarga yang terlibat terbela.