Isu semasa berkaitan Islam tidak jejas konsep wasatiyah

Larangan wanita memakai tudung bekerja di kaunter hadapan, perkhidmatan dobi muslim serta beberapa isu lain tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kegagalan konsep wasatiyyah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Indeks Syariah Malaysia (ISM) menjadi penanda aras dalam menilai keseluruhan prinsip berkenaan serta konsep maqasid syariah.