Isu Taman Manggis selesai, penduduk setuju terima tawaran

Isu penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis selesai apabila mereka bersetuju dengan tawaran alternatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Persetujuan itu dicapai menerusi rundingan selama lima jam antara penduduk yang terlibat dengan wakil kerajaan negeri pada Selasa.