Tutup

Isytihar darurat jika IPU melebihi 500: Dr Wan Azizah

Kerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara. Tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerajaan tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan darurat sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi tahap 500, iaitu keadaan yang sangat bahaya.