Tutup

Itu pandangan peribadi KJ dan Nazri - Tajudin

Kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan bekas Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz yang kurang senang dengan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional hanyalah pandangan peribadi. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata, pelantikan bekas Presiden UMNO dan perdana menteri itu dilihat mampu untuk membantu UMNO dan BN bangkit semula melalui sokongan yang diraihnya.