Tutup

Jacquita mahu MH370 ditemui, tidak mahu dilanjutkan hingga tahun ke-6

Bagi isteri kepada pramugara, Patrick Gomes, Jacquita Gonzales berputus asa tidak sekali-kali wujud dalam kamus hidupnya dan berharap agar misi pencarian diteruskan. Beliau yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tidak mahu terus mengalah hanya disebabkan faktor kesihatannya.