Tutup

Jadikan Malaysia hab aeroangkasa - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjadikan malaysia sebagai antara negara hab aeroangkasa seiring kemajuan teknologi revolusi Industri Keempat (IR4.0). Ujarnya, kerajaan berpandangan Malaysia berkemampuan selain mempunyai keyakinan daripada pelabur terhadap ekosistem aeroangkasa termasuk lokasi yang strategik.