Jadikan TVET pilihan pertama - Kulasegaran

Kementerian Sumber Manusia mahu bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) terus diperkasakan untuk menjadi pilihan utama kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian. Menterinya, M. Kulasegaran berkata, TVET tidak seharusnya menjadi 'pilihan kedua' kerana bidang itu banyak melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan mendapat permintaan dalam industri.