Video  |  Malaysia

JAIPK buru 'Raja Bomoh'

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) masih memburu Ibrahim Mat Zain Atau `Raja Bomoh? berhubung upacara ritual di pantai bagi mengelak malaysia diserang Korea Utara yang tular di media sosial baru-baru ini. pengarah JAIPK, Datuk Yusop Hussin berkata pegawai penguatkuasa JAIPK dengan kerjasama polis telah pergi ke tiga kediaman Ibrahim beberapa hari lalu di Kampung Bermin, Air Hitam, Tapah dan Taman Slim River untuk menyerahkan surat untuk hadir bagi membantu siasatan.