Tutup

JAKIM dan KPDNKK perlu baiki mekanisme penjenamaan - PPIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia, menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.