JAKIM kesal dengan tindakan penyokong LGBT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menolak sebarang tindakan kumpulan tertentu dalam mencemar imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ia merujuk tindakan penyokong lesbian gay biseksual dan transgender LGBT dalam mempromosikan budaya itu dalam perarakan Hari Wanita Antarabangsa pada Jumaat.