Video  |  Malaysia

Jalan KESBAN dibangunkan kepada empat lorong

Jalan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dari Padang Besar, Perlis ke Bukit Kayu Hitam, Kedah di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 26.2 kilometer akan dibangunkan menjadi empat lorong. Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perancangan itu dijangka memberi kesan positif terhadap pembangunan ekonomi sepanjang jalan tersebut apabila hab logistik di Padang Besar yang dirancang dibina dalam rancangan Malaysia kesebelas (RMK11) siap kelak.