Jalur lebar baharu Maxis catat 40 ribu langganan

Jumlah terkini pelanggan jalur lebar Maxis di seluruh negara kini meningkat kepada 200,000. Peningkatan disumbang sambutan terhadap pakej jalur lebar fiber berkelajuan tinggi yang baharu diperkenalkan Maxis Bhd Ogos lalu yang berjaya catat 40 ribu langganan baharu.