Jangan angkat senjata lawan kerajaan - Mohamad Sabu

Anak muda diingatkan tidak sesekali mengangkat senjata sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata tindakan mengangkat senjata yang kemudian dibalas dengan cara sama boleh mengakibatkan kehancuran seperti berlaku di beberapa negara Islam lain.