Tutup

Jangan bergantung pada satu atau dua jenis tanaman sahaja - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kepada pengurusan Felda supaya mempelbagaikan tanaman. Peneroka katanya tidak boleh sekadar bergantung kepada sawit dan getah untuk sara kehidupan. Jelasnya, jika peneroka meneruskan perladangan sedemikian, mereka boleh menghadapi masalah terutamanya ketika harga komuditi tanaman itu jatuh. Perdana Menteri buat saranan itu ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 Padang Awam Felda Selancar 3, Rompin Pahang.