Jangan berselindung tentang jumlah hutang - Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap berselindung dengan fakta sebenar apabila menafikan hutang negara kini mencecah RM1 trilion. Biarpun tidak menafikan hutang langsung negara berjumlah RM687 billion, namun angka 1 trilion trilion itu adalah mengambil kira hutang dari jaminan kerajaan, antaranya seperti One Malaysia Development Berhad (1MDB).