Jangan buat tanggapan negatif kes bunuh ketua jururawat - Polis

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaluddin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin. Beliau berharap orang ramai menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan tidak membuat sebarang tanggapan negatif mengenai kes berkenaan.