Jangan cuba guling kerajaan melalui perhimpunan jalanan - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi ingatan kepada penganjur Bersih 4.0 supaya memastikan perhimpunan yang bakal diadakan hujung bulan ini tidak tersasar daripada matlamat asal. Menurutnya, pihak polis akan mengambil langkah pencegahan jika didapati perhimpunan jalanan yang bertujuan mendesak diadakan pilihan raya bebas dijadikan wadah untuk menggulingkan kerajaan.