Tutup

Jangan dibuai nostalgia lama di Langkawi

Rakyat Langkawi diminta bertenang dan membuat keputusan bijak dalam isu pemilihan wakil Parlimen dan DUN kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keyakinannya kepada pertimbangan waras dan kebijakan pengundi juga menjadi faktor Langkawi akan mendapat pemimpin yang benar-benar faham kehendak rakyat.