Jangan ekploitasi isu agama, kaum, hak-hak istimewa dan raja-raja

Polis di Raja Malaysia mengingatkan orang ramai supaya tidak cuba untuk mengeksploitasikan isu isu agama, perkauman, hak-hak istimewa dan raja raja di negara ini. Ia dibimbangi mampu mencetuskan tindak balas pihak pihak tertentu untuk melancarkan serangan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejadian penembak rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand semalam merupakan contoh terdekat bagaimana isu awal tidak ditangani dengan tuntas dan tegas.