Tutup

Jangan ganggu majlis konvokesyen - Dr Mahathir

Kerajaan tidak akan mencampuri sebarang keputusan yang dibuat pihak pengurusan universiti berikutan tindakan seorang graduan menjerit dan melakukan protes pada satu majlis istiadat konvokesyen baru-baru ini. Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, graduan perlu mematuhi prosedur, protokol dan undang-undang yang telah ditetapkan pihak universiti.